'MB perlu selesai isu ribut dalam seminggu'

Noh (tiga، kanan) meninjau salah sebuah rumah penduduk terjejas di Kampung Seri Tiram Jaya، di sini.
Noh (tiga، kanan) meninjau salah sebuah rumah penduduk terjejas di Kampung Seri Tiram Jaya، di sini.
A
A
A

TANJONG KARANG - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari diberi tempoh seminggu melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan bina baharu rumah penduduk di sembilan kampung di Tanjong Karang yang rosak teruk akibat dilanda ribut, Isnin lalu.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, sekiranya kerja-kerja itu masih tertangguh, maka Amirudin tidak layak menjadi menteri besar.

"Buang masa sajalah beliau (Amirudin) turun padang (menziarahi rumah penduduk), melainkan hanya ingin mendapat publisiti murahan semata-mata.

"Saya berani cabar sebab semasa kita (BN) berkuasa dahulu, kerja-kerja baik pulih rumah dan menghulur bantuan kepada penduduk terlibat dilakukan dengan segera, " katanya ketika menziarahi rumah penduduk di Kampung Seri Tiram Jaya, di sini, hari ini.

Noh berkata, beliau yang melakukan lawatan dan tinjauan kali kedua di rumah penduduk masih belum berpuas hati dengan tindakan yang diambil kerajaan negeri.

"Kalau setakat hendak menempatkan sementara penduduk di surau sampai bila؟. Mereka juga hendak meneruskan kehidupan," katanya.

Katanya, beliau ingin melihat bagaimana kerajaan negeri bertindak menyelesaikan masalah rakyat itu dengan segera.

"Saya mengalukan dan mengucapkan terima kasih kepada menteri besar yang turun padang melihat sendiri keadaan ini.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi kalau menteri besar datang، namun tindakannya hanya seperti biasa، lebih baik beliau jangan datang (ke sini)," katanya.

Dalam pada itu, Noh menegaskan, Unit Jawatankuasa Bencana Daerah sepatutnya melakukan pemantauan berterusan terhadap rumah terlibat dalam kejadian ribut terbabit.

Menurutnya, hasil tinjauannya mendapati, beberapa rumah penduduk yang rosak masih belum dipotong bekalan elektrik hingga dibimbangi mengancam keselamatan.

"Sepatutnya Jawatankuasa Bencana Daerah datang dan mengambil tindakan serentak.

"Janganlah tunggu tuan rumah telefon baru hendak datang membantu. Ini belum lagi soal kemungkinan berlakunya kecurian di rumah terbuka seperti ini," katanya.

#sabakbernam MB perlu selesai isu ribut dalam seminggu MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR TANJONG KARANG - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari diberi tempoh seminggu melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan bina baharu rumah penduduk di sembilan kampung di Tanjong Karang yang rosak teruk akibat dilanda ribut, Ahad lalu. Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/12769/EDISI/Selangor-KL/Bantu-segera-mangsa-ribut

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Thursday, February 14, 2019