'Jangan pandang mudah TFC II'

Irfan Bakti tidak mahu pemain Kuching City FC leka ketika berkunjung di Kuala Terengganu. Foto: FB Kuching City FC
Irfan Bakti tidak mahu pemain Kuching City FC leka ketika berkunjung di Kuala Terengganu. Foto: FB Kuching City FC
A
A
A

"JANGAN ambil mudah kemampuan Terengganu FC (TFC) II !."

Itulah peringatan Ketua Jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim kepada anak buahnya menjelang aksi pertama skuad berkenaan dalam saingan Liga Premier 2021 menentang pasukan dari Pantai Timur itu di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam esok.

Irfan Bakti berkata amaran itu dikeluarkan selepas TFC II membelasah pendatang baharu liga, Skuad Projek FAM-MSN, 4-0 pada aksi pertama mereka Sabtu lepas.

Katanya, Kuching City FC tidak boleh leka dalam tempoh 90 minit perlawanan bagi memastikan kelab dari Kuching meraih tiga mata penuh dalam perlawanan sulung mereka musim ini, di tempat lawan.

“Memang saya nampak semangat semua pemain berkobar-kobar dan sudah tidak sabar untuk beraksi apatah lagi pasukan lain sudah ghairah beraksi pada minggu lalu. Jadi kami juga tak mahu terlepas mengutip mata.

...yang penting, saya menghormati pasukan lawan dan selepas tahu mereka menang besar tempoh hari, saya mahu pemain kekal fokus dan dapat beri tentangan sengit malam esok,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Selasa.

Pada masa sama, beliau turut berpuas hati dengan komitmen anak buahnya dalam sesi latihan, dan percaya skuad yang baru dibimbingnya musim ini mampu mencipta kejutan dalam saingan Liga Premier.

“Sejujurnya saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap pasukan saya. Walaupun kami tidak dapat mengadakan perlawanan persahabatan kompetitif sebelum ini, saya percaya dengan pengalaman pemain saya, mereka mampu menghasilkan sesuatu yang positif pada musim ini," katanya.

Artikel Berkaitan: