Muhyiddin dijangka bincang soal kuota haji dan umrah

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri di Terminal Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh, disambut Putera Mahkota Mohammed bin Salman dan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - Foto FB Muhyiddin Yassin

A
A
A

RIYADH - Permohonan untuk kuota tambahan jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini adalah antara perkara penting dijangka dibangkitkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Perdana Menteri menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud di sini pada Selasa.

Peningkatan penduduk Malaysia merupakan permintaan untuk permohonan tambahan kuota tersebut.

Menurut laman web Tabung Haji, kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji setiap negara pada kadar 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara berkenaan.

Selain soal kuota haji, Muhyiddin juga dijangka membangkitkan isu kebenaran kepada jemaah Malaysia mengerjakan ibadah umrah secepat mungkin pada pertemuan dengan Putera Mahkota, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Pertemuan dengan Putera Mahkota itu merupakan kemuncak lawatan rasmi empat hari Muhyiddin ke negara itu.

Memperkukuhkan hubungan dua hala juga dijangka menjadi topik perbincangan pada pertemuan tersebut. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: