Tun Siti Hasmah perjelas sebab terima vaksin fasa pertama

Dr Siti Hasmah turut berkongsi pengalaman menerima suntikan vaksin Covid-19 melalui satu video di YouTube
Dr Siti Hasmah turut berkongsi pengalaman menerima suntikan vaksin Covid-19 melalui satu video di YouTube
A
A
A

SHAH ALAM - Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menafikan dakwaan beliau menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi fasa pertama atas kapasiti sebagai isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi video di saluran YouTube, Dr Siti Hasmah memperjelaskan beliau menerima suntikan tersebut bersama Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi pada Ahad kerana beliau adalah seorang warga emas.

“Saya datang ke Pulau Langkawi menemani suami saya yang sebagai ahli Parlimen dan ketua bahagian memang berhak mendapat vaksin.

“Yang saya ini sebagai warga emas. Saya bukan datang sini untuk dapatkan vaksin sebab saya isteri kepada ahli Parlimen, Tun M,” katanya menerusi video bertajuk Tun Siti Hasmah, Hari Wanita dan Vaksin.

Pada Ahad, Dr Mahathir Mohamad, 96, bersama Dr Siti Hasmah, 95, menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Daerah Langkawi di Kompleks Sukan Langkawi.

Artikel Berkaitan: