JAS kuat kuasa kawalan pencemaran bunyi kenderaan bermotor

Pegawai JAS yang terlibat dalam Ops Khas Kesalahan Bunyi Bising menggunakan alat untuk mengukur kadar bunyi yang dikeluarkan sebuah motosikal yang didapati mengubah suai ekzos.
Pegawai JAS yang terlibat dalam Ops Khas Kesalahan Bunyi Bising menggunakan alat untuk mengukur kadar bunyi yang dikeluarkan sebuah motosikal yang didapati mengubah suai ekzos.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Alam Sekitar (JAS) menegaskan tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan pencemaran bunyi daripada ekzos kenderaan bermotor yang diubah suai sememangnya terletak di bawah bidang kuasa jabatan tersebut.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, JAS berkata, peraturan pelepasan bunyi bising daripada kenderaan bermotor tersebut dikuatkuasakan sejak 17 Julai 1987 melalui Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.

“Bidang kuasa JAS adalah kawalan ke atas pencemaran bunyi bising daripada kenderaan bermotor dan bukannya ke atas pengubahsuaian ekzos motosikal.

“Ini adalah kerana pencemaran bunyi bising motosikal merupakan aduan yang sering dimajukan orang awam kepada JAS.

“Memandangkan peraturan ini telah lama dikuatkuasakan, tidak timbul isu bahawa JAS tidak sepatutnya menguatkuasakan undang-undang yang sekian lama telah ada bagi mengawal pencemaran bunyi bising daripada motosikal,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut turut menerangkan mengenai had paras bunyi bising maksimum yang dibenarkan bagi motosikal dengan kaedah pengujian secara statik atau pecutan bebas atau ‘free acceleration’.

“Motosikal dengan keupayaan enjin kurang daripada 90cc adalah 92dB(A), manakala bagi 90cc ke atas adalah 95dB(A).

“Pemilik kenderaan yang didapati melepaskan bunyi bising melebihi had yang ditetapkan boleh dikenakan kompaun dengan maksimum RM2,000,” jelas kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan:

JAS bersama Jabatan Pengangkutan Jalan dilaporkan ikut serta dalam operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) untuk mengesan pemilik kenderaan yang didapati bersalah mengubah suai ekzos sehingga menyebabkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam di beberapa tempat di seluruh negara.

PENGUATKUASAAN JAS TERHADAP PELEPASAN BUNYI BISING DARIPADA EKZOS KENDERAAN BERMOTOR 9 MAC 2021, PUTRAJAYA - Bidang...

Posted by Jabatan Alam Sekitar on Monday, March 8, 2021