X

Kindly register in order to view this article
!

Air paip melimpah bawa penemuan mayat

Seorang wanita warga emas ditemui mati dalam bilik air rumahnya di Kampung Sungai Dua Gemencheh.
A
A

TAMPIN - Mayat seorang wanita warga emas ditemui di dalam bilik air rumahnya di Kampung Sungai Dua Gemencheh, di sini pada Selasa kira-kira jam 9.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, polis menerima laporan daripada seorang penduduk yang memaklumkan air paip rumah wanita berkenaan melimpah dan tidak bertutup.

“Pengadu memberitahu ada seorang warga emas di dalam rumah berkenaan tinggal seorang diri dan polis telah ke lokasi untuk membuat pemeriksaan, namun rumah mangsa berkunci.

“Setelah berbincang dengan keluarga si mati, polis telah meminta bantuan bomba untuk memecahkan pintu bahagian hadapan rumah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, mayat wanita itu ditemui di dalam bilik air di bahagian dapur rumah, namun siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan luka atau cedera pada badannya.

Katanya, pemeriksaan juga mendapati tiada sebarang tanda berlakunya jenayah dan si mati berkemungkinan telah meninggal dunia sehari yang lalu kerana keadaan mayatnya yang masih elok serta tidak berbau.

“Polis turut difahamkan yang si mati mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi serta selalu mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Gemencheh.

“Mayat dibawa ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!