Perhormatan kepada industri bola sepak Malaysia

Hamidin Mohd Amin
Hamidin Mohd Amin
A
A
A

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyifatkan pelantikannya sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam sebagai penghormatan kepada industri bola sepak negara.

Dalam kenyataan pada Selasa, Hamidin yang juga Presiden FAM pertama dilantik menggalas tanggungjawab tersebut berazam, melaksanakan amanah diberikan itu sebaik mungkin demi negara tercinta.

“Pelantikan ini bukan sahaja penghargaan besar buat saya tetapi juga satu penghormatan buat FAM dan industri bola sepak secara umumnya,” katanya.

Terdahulu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan Hamidin sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke temasya dwitahunan itu yang dijadual berlangsung dari 21 November hingga 2 Disember depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamidin dilantik Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi

MOM berkata, pemilihan Hamidin berdasarkan kepada kemampuan dan pengalamannya menerajui FAM untuk menguruskan kontinjen negara, membabitkan jumlah atlet negara yang ramai di Vietnam.

Keputusan pelantikan Hamidin itu dibuat sebulat suara pada mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM yang berlangsung pada Selasa selepas menerima cadangan daripada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

“Terima kasih kepada MOM yang diketuai Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria bersama ahli majlisnya yang dalam mesyuarat hari ini sebulat suara memilih saya sebagai Ketua Kontinjen. Pelantikan ini sememangnya tugas yang berat tetapi amanah perlu saya galas sebaik mungkin.

Artikel Berkaitan:

“Dengan sokongan MOM dan MSN serta anggota urus setia, saya yakin kita dapat beri sokongan yang kuat buat setiap ahli kontinjen negara untuk berdepan Sukan SEA,” ujar Hamidin.