KSM kaji cadangan perluas BDR

Saravanan
Saravanan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang mengkaji cadangan memperluas kemudahan bekerja dari rumah (BDR) selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, konsep BDR ketika pelaksanaan PKP 1.0 sejak Mac tahun lepas untuk mengekang penularan Covid-19 dilihat berjaya dilaksanakan dalam beberapa sektor.

"Kita sedang mengkaji sama ada perkara ini boleh diamalkan selepas PKP tetapi dalam beberapa sektor sahaja prestasi pekerja boleh diukur," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan 365 hari pencapaian Menteri Sumber Manusia di sini pada Selasa.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam dan KSM untuk menilai cadangan memperluas kemudahan BDR untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh bagi penjagaan ahli keluarga yang uzur dan sakit serta menyokong isteri dalam hal penjagaan anak baharu lahir.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, konsep BDR mampu mengurangkan kos selain melahirkan budaya kerja baharu, namun kejayaannya bergantung kepada keikhlasan pekerja.

"Kejayaan konsep BDR juga bergantung kepada keikhlasan pekerja kerana dikhuatiri ada kalangan pekerja yang ambil kesempatan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: