Kes Covid-19 terus menurun, 1,280 kes hari ini

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Angka kes baharu harian Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan penurunan di bawah 2,000 untuk empat hari berturut-turut dengan 1,280 kes direkodkan pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu membabitkan 1,278 kes tempatan dan dua kes import, menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak itu meningkat kepada 316,269.

"Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 464, diikuti Johor 165 kes dan Pulau Pinang 143 kes.

"Selain itu, Terengganu turut merekodkan lonjakan kes baharu iaitu sebanyak 36 kes, manakala Labuan dan Melaka pula tiada kes baharu dilaporkan hari ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes sembuh baharu dilaporkan sebanyak 2,345 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh akibat pandemik itu melonjak kepada 296,379 atau 93.71 peratus daripada keseluruhan kes.

"Turut dilaporkan tujuh kes kematian baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 kini 1,186 kes.

"Jumlah kes yang berada di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini pula adalah seramai 155 orang termasuk 76 yang memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Artikel Berkaitan: