Tetak isteri hamil sampai mati angkara cemburu

Mayat mangsa ditemui dengan kesan tetakan pada belakang leher dalam kejadian di Kampung Tanah Merah Checkpoint, Kilometer 50 Jalan Tawau-Semporna, Tawau.
Mayat mangsa ditemui dengan kesan tetakan pada belakang leher dalam kejadian di Kampung Tanah Merah Checkpoint, Kilometer 50 Jalan Tawau-Semporna, Tawau.
A
A
A

TAWAU - [DIKEMASKINI] Berang mengesyaki isteri ada hubungan sulit, seorang lelaki tergamak menetak isterinya yang sedang mengandung menggunakan parang dalam kejadian di sebuah rumah kongsi tidak bernombor di Kampung Tanah Merah Checkpoint, Kilometer 50 Jalan Tawau-Semporna, pada Ahad.

Mangsa yang berusia 20-an itu ditemui meninggal dunia dengan kesan tetakan di belakang leher sebelum kejadian itu dilaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada hari yang sama kira-kira jam 5 petang di ruang tamu rumah mangsa.

"Suspek warga asing berusia 22 tahun yang juga suami mangsa dipercayai telah menetak leher mangsa yang dipercayai sedang mengandung menggunakan parang.

"Motif kejadian berpunca daripada suspek yang mengetahui tentang hubungan sulit mangsa namun mangsa enggan menceritakan lebih lanjut kepada suspek," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Peter berkata, susulan kejadian itu, kira-kira jam 12.05 tengah malam Isnin, polis berjaya menahan suspek di sebuah kawasan ladang kelapa sawit Jalan Tawau Semporna-Tawau.

"Suspek berjaya ditahan dalam tempoh tujuh jam selepas kejadian dan bertindak melarikan diri sejauh tujuh kilometer dari lokasi kejadian.

"Suspek merupakan warga Filipina bekerja sebagai buruh ladang dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Artikel Berkaitan:

"Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif metamphetamine dan rampasan turut membabitkan sebilah parang sepanjang 68 sentimeter," katanya.

Peter berkata, suspek ditahan reman 14 hari bermula Isnin dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.