Pas desak siasat dakwaan DAP terima dana asing

Ahmad Bilal
Ahmad Bilal
A
A
A

MELAKA - Pemuda Pas Melaka hari ini membuat laporan polis bagi mendesak siasatan dijalankan berhubung dakwaan penerimaan dana asing termasuk dari Israel oleh parti DAP serta komponen PH.

Laporan dibuat oleh Ketua Pemuda Pas Melaka, Ahmad Bilal Rahudin di Balai Polis Melaka Tengah, Jalan Banda Kaba, di sini dan turut dilakukan serentak secara besar-besaran di seluruh negara.

Menurut Ahmad Bilal, laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis membuka semula kertas siasatan berkaitan kesemua dakwaan supaya tidak dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

Antara dakwaan serius sebelum ini adalah pendedahan bekas setiausaha politik ketua menteri Pulau Pinang, Mohamad Razali Abdul Rahman yang mendakwa DAP mengambil wang rasuah RM300 juta dari Israel.

Ahmad Bilal (tiga, kanan) bersama beberapa penyokong menunjukkan salinan laporan yang dibuat di perkarangan Balai Polis Banda Hilir di sini.
Ahmad Bilal (tiga, kanan) bersama beberapa penyokong menunjukkan salinan laporan yang dibuat di perkarangan Balai Polis Banda Hilir di sini.

Turut disebut, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mendakwa DAP menerima dana segera daripada negara luar bagi membiayai pilihan raya dan laporan polis oleh bekas Pegawai Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff, mendakwa Red Bean Army DAP menerima dana disalurkan oleh Open Society Foundations (OSF) milik George Soros.

Katanya, dakwaan oleh pihak tertentu bahawa isu itu berlaku secara sulit malah menyalahi integriti dan undang-undang sehingga boleh menggugat kedaulatan serta keselamatan negara.

"Kalau tak silap saya, baru-baru ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengeluarkan kenyataan, jangan ada belot pada negara dan jika ia berlaku, beliau tidak akan berkompromi. Tun tidak akan saja-saja keluarkan kenyataan sebesar itu.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang pasti ada ancaman seperti ini yang boleh menggugat kedaulatan keselamatan negara," katanya ketika ditemui bersama kira-kira 15 pengikut di perkarangan balai berkenaan, di sini.

Bagaimanapun, katanya, tiada laporan dibuat mengenai dakwaan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).