X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Belum ada keperluan mendesak adakan sidang DUN: Amirudin

Amirudin ditemui pemberita ketika meninjau unit rumah yang terjejas akibat ribut itu di Apartmen Dahlia Court, Sepang pada Isnin.
A
A

SEPANG - Kerajaan negeri Selangor masih berbincang mengenai keperluan dan kesesuaian untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya sedang menilai semula belanjawan dan setakat ini masih belum ada keperluan yang mendesak untuk sidang DUN diadakan.

Menurutnya, urusan untuk mengadakan sidang DUN dan Dewan Negeri terkandung dalam Ordinan Darurat yang ditandatangani Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Hal ini telah dibincangkan dengan teliti dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan ada ruangan untuk buat sidang itu.

“Jadi, pihak kerajaan negeri perlu membuat permohonan dan sampaikan penjelasan kepada Seri Paduka Baginda kerana perintah Ordinan Darurat ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau unit rumah yang terjejas akibat ribut itu di Apartmen Dahlia Court di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, Amirudin berkata, jika terdapat keperluan dari segi pindaan rang undang-undang ataupun pembentangan rang undang-undang, maka pihaknya akan memohon kepada Seri Paduka Baginda untuk perkenan mengadakan sidang DUN bagi tujuan tersebut.

“Kita sedang bincang dan tengok kepada kesesuaian. Jika ada keperluan, kita akan usulkan melalui kerajaan negeri atau Dewan Negeri Selangor sendiri memohon kepada Seri Paduka Baginda untuk perkenan memulakan sidang DUN jika ada sebarang pindaan rang undang-undang ataupun pembentangan dan kelulusan rang undang-undang,” katanya.

Pada Jumaat, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor berharap sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat dilangsungkan segera, susulan titah Seri Paduka Baginda yang menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat.

Mereka adalah ADUN Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, ADUN Rawang, Chau Wei Kiat dan ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi yang meminta sidang DUN diadakan semula untuk membawa isu rakyat supaya dibahaskan dalam sidang terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Selangor mohon sidang DUN dimulakan


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!