Tiga buruh Indonesia dituduh rogol isteri orang

Tertuduh, Mohamad Adam, 26, (kanan), La Muluki, 40, dan La Aliudin, 42, dikawal warden penjara dan polis mahkamah keluar dari Lokap Sementara menuju ke Lokap Mahkamah Kota Bharu selepas selesai didakwa.
Tertuduh, Mohamad Adam, 26, (kanan), La Muluki, 40, dan La Aliudin, 42, dikawal warden penjara dan polis mahkamah keluar dari Lokap Sementara menuju ke Lokap Mahkamah Kota Bharu selepas selesai didakwa.
A
A
A

KOTA BHARU - Tiga buruh warga Indonesia mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tuduhan merogol isteri orang yang juga wanita orang kelainan upaya (OKU) lembam.

Mereka, Mohamad Adam, 26, La Muluki, 40, dan La Aliudin, 42, didakwa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu didakwa secara bersama-sama merogol mangsa yang berusia 45 tahun di sebuah rumah tanpa nombor di Melor di sini pada jam 2 pagi, 20 Disember 2020.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Faizuan Sulaiman manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Faizuan tidak mencadangkan jaminan terhadap kesemua tertuduh berikutan status bukan warganegara selain tuduhan serius yang membawa kepada hukuman penjara minimum 10 tahun.

“Saya memohon tarikh sebutan untuk laporan perubatan dan kimia,” katanya.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Mei depan.

Artikel Berkaitan: