166,363 individu divaksin setakat Isnin: Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham - Foto Bernama
Dr Noor Hisham - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 166,363 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah divaksinkan setakat Isnin, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 25,271 individu diikuti Pahang (15,521), Selangor (15,357) dan Johor seramai 13,746 orang.

“Kuala Lumpur seramai 13,681 individu, Sabah (13,474), Kelantan (13,149), Perak (12,952), Kedah (9,358), Terengganu (9,081), Pulau Pinang (6,487), dan Negeri Sembilan (5,981).

"Sementara di Melaka, seramai 4,411 orang, Perlis (3,062), Putrajaya (2,573) dan Labuan seramai 2,259 individu telah divaksin,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di Twitternya pada Selasa.

Pada 24 Februari lepas, PICK dilancarkan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Noor Hisham menjadi antara individu pertama menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, jenis Pfizer-BioNTech. - Bernama

Artikel Berkaitan: