Waris mangsa MH370 masih berharap

Mohd Khairul Amri merupakan salah seorang daripada 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat MH370 yang hilang pada
8 Mac 2014.
Mohd Khairul Amri merupakan salah seorang daripada 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.
A
A
A

BERA - Walaupun tujuh tahun berlalu, namun waris penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 itu masih mengharapkan khabar gembira.

Selamat Omar, 66, berkata, dia masih mengharapkan keajaiban bahawa anaknya, Mohd Khairul Amri Selamat yang merupakan seorang jurutera bersama 238 anak kapal serta penumpang pesawat berkenaan pulang pada satu hari nanti.

Menurut Selamat, dia amat berharap kerajaan terus berusaha mencari dan merungkai misteri kehilangan pesawat terbabit.

“Tiada khabar yang saya harapkan selain pencarian semula pesawat terbabit.

“Ini dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi waris mangsa yang hingga kini masih tertanya-tanya akan nasib yang menimpa mereka,” katanya pada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Selamat juga mengakui tempoh tujuh tahun merupakan penantian yang cukup mendebarkan keluarganya selama ini.

“Saya dan keluarga berdoa agar kehilangan anak akhirnya mendapat jawapan,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir dia mendapat panggilan daripada pihak Malaysia Airlines (MAS) adalah pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Khairul Amri merupakan anak ketiga dari empat beradik.

Pada malam 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, China hilang daripada imbasan radar kira-kira dua jam setelah berlepas.

Berikutan itu, operasi pencarian besar-besaran melibatkan beberapa negara dijalankan di selatan Lautan Hindi tetapi gagal menjejaki pesawat mahupun serpihan pesawat itu.

No Image Caption