LHDN tiada kaitan dengan dana YAMM

Hamsan menunjukkan Surat kelulusan LHDN pelepasan cukai di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 yang membolehkan YAMM menerima derma kepada pihak yang berkenaan.
Hamsan menunjukkan Surat kelulusan LHDN pelepasan cukai di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 yang membolehkan YAMM menerima derma kepada pihak yang berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) memaklumkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak mempunyai kaitan dengan 'Dana 7 Amanah' yang dilaksanakan oleh mereka.

Yang Dipertuanya, Hamsan Omar berkata demikian sebagai menjelaskan kekeliruan susulan pelancaran program kutipan 'Dana 7 Amanah LHDN' yang dilaksanakan Isnin lalu.

Menurutnya, YAMM diberikan kebenaran di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 menerima derma berbentuk tunai daripada pihak yang layak mendapat pelepasan cukai pendapatan.

"YAMM ingin memaklumkan yang LHDN tidak mempunyai kaitan dan kepentingan terhadap program Dana 7 Amanah LHDN yang dianjurkan.

"Kita bersetuju bahawa LHDN adalah organisasi yang memberikan kelulusan pelepasan cukai di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967.

"Semoga dengan kenyataan ini dapat memberi penjelasan dan mengelak salah tanggapan orang ramai terhadap keterlibatan LHDN dengan program yang dianjurkan YAMM," katanya.

Terdahulu LHDN menafikan dakwaan pihaknya mempunyai kaitan dengan program ‘Dana 7 Amanah LHDN’ seperti yang dilaporkan menerusi media, kelmarin (Selasa).

Pelancaran Dana 7 Amanah dilancarkan YAMM dengan menyasarkan kutipan sebanyak 51.35 juta bagi kegunaan program yayasan tersebut bagi bantuan pendidikan, golongan orang kurang upaya,hemodialisis dan lain-lain.

Artikel Berkaitan:

Kelulusan subseksyen 4(6) ACP 1967 diperolehi April tahun lepas dan kutipan dana mula dibuka 16 Februari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Yayasan Amal Maaruf sasar kutipan lebih RM51j

ARTIKEL BERKAITAN: LHDN nafi ada kaitan dengan 'Dana 7 Amanah LHDN