Prolintas rai 300 kakitangan wanita

Mohammad Azlan (empat dari kanan) bersama antara kakitangan wanita yang diraikan ketika majlis sambutan Hari Wanita Prolintas 2021 pada Isnin.
Mohammad Azlan (empat dari kanan) bersama antara kakitangan wanita yang diraikan ketika majlis sambutan Hari Wanita Prolintas 2021 pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) meraikan 300 kakitangan wanita syarikat itu sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2021 pada Isnin.

Prolintas dalam satu kenyataan memaklumkan, sambutan kali ini bertemakan 'Together We Are Stronger'.

Menurut kenyataan sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah turut serta meraikan sambutan tersebut dengan menyampaikan cenderamata yang ditempah khas untuk pekerja wanita.

"Untuk rekod, 300 kakitangan ini mewakili 43 peratus keseluruhan bilangan kakitangan Prolintas yang terlibat mengendali operasi empat lebuh raya.

"Ia termasuk Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK) dan dua buah projek pembinaan lebuh raya iaitu Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH)," menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Tema sambutan Hari Wanita peringkat nasional bertemakan ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Wanita pada Isnin memaklumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa berpegang kepada prinsip pemerkasaan wanita dan akan memastikan ia terus menjadi agenda penting negara.

Beliau berkata, wanita merupakan salah satu tonggak pembangunan negara yang paling penting bukan sahaja bagi aspek sosial, politik dan ekonomi, malah merangkumi segala aspek pembangunan negara.

Artikel Berkaitan: