Bukan Ratu Elizabeth II atau Putera Philip

Wawancara kontroversi bersama Putera Harry dan Meghan Markle yang menyaksikan Oprah Winfrey sebagai hos mencetuskan pelbagai spekulasi terhadap keluarga diraja Britain. - Foto Agensi
Wawancara kontroversi bersama Putera Harry dan Meghan Markle yang menyaksikan Oprah Winfrey sebagai hos mencetuskan pelbagai spekulasi terhadap keluarga diraja Britain. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Soalan berbaur rasis tentang warna kulit anak sulung Putera Harry dan Meghan Markle bukan diajukan oleh Ratu Elizabeth II atau suaminya, Putera Philip.

Kenyataan itu disahkan oleh hos terkenal Oprah Winfrey pada Isnin selepas pendedahan dibuat pasangan tersebut menerusi wawancara khas selama dua jam disiarkan CBS pada Ahad didakwa mula mencalarkan imej keluarga diraja Britain.

Dalam program bual bicara kontroversi itu, Putera Harry mendedahkan tentang kerabat diraja yang mempersoalkan warna kulit anak mereka, Archie ketika Meghan sedang hamil memandangkan bekas aktres Amerika itu adalah wanita kulit hitam.

"Harry enggan mendedahkan individu terbabit. Beliau hanya berkongsi dengan saya dan soalan bukan keluar dari mulut kedua-dua nenda beliau," katanya.

Sebelum ini, Duke dan Duchess of Sussex itu juga berulang kali menuduh media British bersikap rasisme dan sering memberi gambaran negatif kepada mereka. - AFP

Artikel Berkaitan: