Keranda dihanyutkan di sungai

Keranda itu terpaksa dihanyutkan kerana tiada jambatan.
Keranda itu terpaksa dihanyutkan kerana tiada jambatan.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Rakaman video memaparkan keranda membawa jenazah terpaksa dihanyutkan untuk menyeberangi sungai kerana tiada jambatan telah menjadi tular di media sosial.

Ia dikongsi pertama kali oleh pengguna bernama Donny sebelum dimuat naik sekali lagi oleh pengguna akaun Facebook, Nugroho Krisetyo Lintang, semalam.

Insiden itu dipercayai berlaku di Gorekan Lor, Cermen Lerek, Kedamean, Gresik Jawa Timur.

Video itu menunjukkan beberapa penduduk menolak keranda itu sementara yang lain menunggu di seberang untuk membantu mengangkat keranda tersebut. - Tribunnews.com

Artikel Berkaitan: