Dana RM50 Juta untuk sekolah tahfiz berdaftar

Mujahid
Mujahid
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk dimanfaatkan 815 buah sekolah tahfiz berdaftar di negara ini bagi tujuan menaik taraf dan menyelenggara sekolah berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, permohonan bagi mendapatkan peruntukan itu, yang diumumkan pada Belanjawan 2019, boleh dibuat bermula Mac ini sebelum peruntukan itu disalurkan menjelang Oktober depan.

"Kita juga secara proaktif akan turun padang untuk mendapatkan sekolah-sekolah tahfiz yang layak kerana mungkin mereka tidak tahu tentang dana berkenaan," katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Tahfiz Berdaftar di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Mujahid menerima replika cek berjumlah RM50 juta daripada Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada majlis yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Mujahid berkata peruntukan itu akan disalurkan kepada semua sekolah tahfiz berdaftar dengan syarat ia tidak dimiliki oleh mana-mana parti politik.

"Saya juga menggalakkan kepada lebih 400 sekolah tahfiz untuk berdaftar dengan pihak kerajaan negeri supaya peruntukan dapat diagihkan demi meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak tahfiz,"katanya.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata kerajaan komited dalam memberikan bantuan kepada semua jenis sekolah secara inklusif supaya kebajikan dan hal ehwal semua pelajar terus terpelihara.

Guan Eng berkata peruntukan bajet yang diberikan ke sekolah-sekolah merangkumi semua jenis sekolah, bukan sahaja melibatkan sekolah Cina tetapi termasuk juga sekolah kebangsaan, sekolah pondok, tahfiz dan sekolah berasrama.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu katanya tafsiran mengatakan bahawa hanya sekolah tertentu yang mendapat peruntukan adalah tidak benar.- Bernama