Nenek 29 cucu ditahan kerana miliki dadah

Beberapa peket plastik lut sinar disyaki syabu yang dirampas dalam serbuan di rumah warga emas terbabit di Taman Seri Bayu, Alor Gajah pada malam Sabtu.
Beberapa peket plastik lut sinar disyaki syabu yang dirampas dalam serbuan di rumah warga emas terbabit di Taman Seri Bayu, Alor Gajah pada malam Sabtu.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang nenek yang mempunyai seramai 29 cucu ditahan di rumahnya di Taman Seri Bayu di sini pada malam Sabtu kerana memiliki dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, warga emas berusia 64 tahun itu ditahan bersama anak perempuan, menantu serta dua lagi rakan sindiketnya kerana dipercayai memiliki dadah dan mercun dalam tiga serbuan berasingan.

Beliau berkata, pemeriksaan polis menjumpai satu peket plastik berisi daun kering disyaki ganja dan dua papan timah mengandungi tiga biji pil eramin 5 di rumah wanita terbabit.

Menurutnya, anak perempuannya berusia 25 tahun dan menantunya berusia 23 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan juga ditahan, selain dua rakan lelaki mereka berusia 21 dan 27 tahun.

"Serbuan ke rumah wanita mempunyai 13 orang anak dan 29 cucu itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah.

"Ujian saringan air kencing bagaimanapun mendapati kelima-lima mereka negatif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Zulkiflee berkata, polis melakukan serbuan kedua di sebuah rumah di Melaka Pindah jam 12.20 tengah malam Ahad yang didiami pasangan kekasih yang juga rakan kepada kelima-lima orang kena tuduh (OKT).

Menurutnya, hasil pemeriksaan polis menjumpai satu balutan kertas mampat seberat 9.73 gram disyaki ganja dan satu beg mengandungi sembilan peket plastik lut sinar disyaki syabu seberat 54.16 gram dianggarkan bernilai RM6,000 mengikut harga pasaran semasa.

Artikel Berkaitan:

Susulan tangkapan tersebut, katanya, polis menahan lelaki berusia 24 tahun dan teman wanitanya berusia 36 tahun masing-masing mempunyai empat dan enam kesalahan dadah.

"Saringan ujian air kencing kedua-dua mereka didapati positif dadah jenis syabu,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 kerana positif dadah dan mengikut Seksyen 39B ADB 1952 kerana memiliki dadah.