Warga emas maut digilis lori

Lori tanpa muatan itu dipercayai bergesel dengan motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa.
Lori tanpa muatan itu dipercayai bergesel dengan motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa.
A
A
A

TAPAH - Seorang lelaki warga emas maut selepas digilis sebuah lori di KM 49 Jalan Ipoh - Teluk Intan berhampiran pekan Air Kuning di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa, Ong Kok Tau, 73, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila lori tanpa muatan itu bergesel dengan motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa.

"Lori berkenaan dalam perjalanan menuju ke arah Ipoh telah bergesel dengan motosikal mangsa yang berada di kawasan titik buta lori berkenaan.Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat. Sementara pemandu lori berusia 66 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: