Pekerja kontraktor tertimbus hingga paras kepala

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tertimbus tanah dalam kejadian di Taman Industri Meru, Klang pada Isnin.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tertimbus tanah dalam kejadian di Taman Industri Meru, Klang pada Isnin.
A
A
A

KLANG - [DIKEMASKINI] Seorang pekerja kontraktor berdepan detik cemas apabila tertimbus hingga paras kepala dalam kejadian di Taman Industri Meru di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.35 petang itu, mangsa berusia 22 tahun sedang melakukan kerja pemasangan kabel berhampiran longkang besar yang dipenuhi air.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian berlaku akibat pergerakan tanah ketika mangsa berada dalam sebuah lubang yang dikorek.

Mangsa berjaya dibawa keluar dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut.
Mangsa berjaya dibawa keluar dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut.

"Keadaan itu menyebabkan mangsa tertimbus sehingga menutupi paras kepala pada kedalaman dianggarkan 2.4 meter.

"Mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 5.08 petang, seterusnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk rawatan lanjut, " katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun dilaporkan terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, seramai 11 anggota pelbagai pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar terlibat dalam operasi menyelamat tersebut.