Pemutihan nelayan elak tercicir terima elaun sara hidup

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
A
A
A

BELURAN - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan melaksanakan proses pemutihan di seluruh negara, bagi menentukan golongan nelayan sepenuh masa yang tidak memiliki lesen perikanan yang sah.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, langkah itu bagi memastikan tiada nelayan yang tercicir daripada mendapat elaun sara hidup daripada kerajaan.

“Saya berharap Persatuan Nelayan Kawasan dan Negeri akan memainkan peranan lebih aktif, untuk memastikan nelayan yang didaftarkan di kawasan masing-masing adalah nelayan tulen (sepenuh masa).

“Kerajaan membelanjakan ratus juta ringgit setiap tahun untuk memberi bantuan kepada nelayan dalam bentuk wang ringgit, dan ia harus sampai kepada kumpulan sasar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama nelayan Pulau Jambongan dekat sini pada Isnin.

Ronald turut memberitahu pihaknya masih mengumpul data nelayan yang belum mendaftar untuk mendapatkan lesen perikanan yang sah.

Menurutnya, elaun sara hidup nelayan adalah sebanyak RM300 sebulan. - Bernama

Artikel Berkaitan: