SOP solat Jumaat, fardu di Kelantan dilanjutkan

SOP solat Jumaat dan solat fardu di Kelantan dikekalkan sebagaimana yang telah dikeluarkan sebelum ini sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. - Foto Bernama
SOP solat Jumaat dan solat fardu di Kelantan dikekalkan sebagaimana yang telah dikeluarkan sebelum ini sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) untuk solat Jumaat dan solat fardu lima waktu di masjid semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini dilanjutkan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz memaklumkan perkara tersebut menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah perkenan agar SOP solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti di masjid negeri serta jajahan dilanjutkan.

“Pelaksanaan solat Jumaat, solat fardu serta aktiviti ini bermula 9 Mac sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Kehadiran jemaah bagi pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu ialah 50 peratus jemaah yang boleh diisi mengikut kapasiti dan keluasan masjid serta kedudukan antara jemaah adalah berdasarkan penjarakan satu meter.

“Aktiviti-aktiviti di masjid sama ada kuliah subuh, kuliah Maghrib, kuliah duha dan lain-lain termasuk kelas al-Quran dibenarkan dengan kehadiran 30 peratus jemaah yang boleh diisi mengikut kapasiti dan keluasan masjid tersebut,” katanya.

Tengku Mohamad Rizam
Tengku Mohamad Rizam

Melalui kenyataan yang sama, Tengku Mohamad Rizam berkata, kedudukan antara jemaah adalah berdasarkan penjarakan satu meter.

Artikel Berkaitan:

Katanya, untuk SOP solat Jumaat dan solat fardu dikekalkan sebagaimana yang telah dikeluarkan sebelum ini.

“MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan ketetapan ini. SOP hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid atau surau.

“Tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi SOP ini. Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa ALLAH SWT pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua,” katanya.