Reman pemandu treler akan disambung

Reman pemandu treler yang melanggar perancah besi struktur binaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) hingga mengakibatkan kematian dua pekerja kilang akan disambung lagi. - Foto Bernama
Reman pemandu treler yang melanggar perancah besi struktur binaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) hingga mengakibatkan kematian dua pekerja kilang akan disambung lagi. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tempoh reman pemandu treler yang melanggar perancah besi struktur binaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini hingga mengakibatkan kematian dua pekerja kilang akan disambung lagi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, permohonan akan dibuat pada Selasa bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan itu.

“Suspek masih direman sehingga esok (Selasa) oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Dang Wangi). Kita akan minta reman untuk kes trafik pula.

“Kita memerlukan sedikit masa untuk lengkapkan siasatan termasuk daripada aspek teknikal,” katanya pada sidang akhbar di JSPT Kuala Lumpur, Jalan Tun HS Lee di sini pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu treler langgar perancah besi direman

Pemandu treler langgar perancah besi positif dadah

Zulkefly berkata, pihaknya juga perlu mendapatkan laporan daripada Jabatan Kimia berhubung ujian saringan positif dadah yang diperoleh ketika awal siasatan.

"Suspek disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah dan terbabit dalam kemalangan menyebabkan kecederaan atau kematian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian pada Rabu lalu, penumpang van kilang, Nurina Edwin Abdullah, 47, dan Norhayati Abdullah, 42, meninggal dunia.

Pemandu van terbabit, Muhd Fairus Mohd Yusof, 47, serta dua lagi penumpang iaitu Zaitun Zainal, 54, dan Zakiyyah Yakop, 51, pula cedera.

Kejadian dipercayai berlaku apabila treler yang melalui MRR2 melanggar kerangka besi pada pembinaan jejantas pejalan kaki menyebabkan rasuk keluli bersama perancah besi terjatuh di laluan berkenaan.

Ia kemudian menghempap van kilang yang bergerak dari laluan Ampang menghala ke Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS).

ARTIKEL BERKAITAN: Dua pekerja maut van kilang dihempap struktur jejambat runtuh

Jejambat runtuh: Lima orang terperangkap