SolarWinds digodam, AS bakal kenakan sekatan terhadap Rusia

No Image Caption
A
A
A

MOSCOW - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden merancang untuk mengenakan sekatan ekonomi dan sekatan lain sebagai tindak balas terhadap insiden penggodaman SolarWinds yang didakwa Microsoft dilakukan perisik Rusia, menurut Agensi Berita Sputnik.

Langkah pertama AS terhadap Rusia itu dijangka dibuat tiga minggu lagi, kata seorang pegawai pada Ahad kepada The New York Times.

Awal minggu ini, penasihat keselamatan, Jake Sullivan berkata, sekatan awam dan swasta adalah "langkah paling berkesan" yang sedang dirancang AS.

Presiden Microsoft, Brad Smith pada Februari memberitahu panel Senat AS terdapat bukti besar agensi perisikan Rusia terlibat dalam serangan penggodaman besar-besaran SolarWinds yang menyasarkan sekurang-kurangnya sembilan agensi persekutuan dan 17,000 syarikat swasta.

Rusia menafikan tuduhan tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: