Mara sasar lahir lebih ramai jutawan wanita

Azizah (dua dari kanan) menerima jambangan bunga sempena sambutan Hari Wanita peringkat Mara di Kuala Lumpur pada Isnin.
Azizah (dua dari kanan) menerima jambangan bunga sempena sambutan Hari Wanita peringkat Mara di Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - menyasarkan untuk melahirkan lebih ramai jutawan dalam kalangan wanita.

Pengerusinya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, pihaknya yakin wanita mempunyai semangat daya saing untuk berjaya ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau berkata, ia dibuktikan oleh seorang usahawan wanita dalam pembuatan roti yang memperoleh pendapatan sebanyak RM300,000 dalam tempoh dua minggu.

"Saya percaya ramai wanita di luar sana telah mempunyai ilmu. Mereka boleh dibantu Mara ke tahap yang lebih tinggi dan menjadi jutawan dalam negara.

"Mara boleh membantu dengan menyediakan pinjaman yang lebih tinggi, bukan setakat RM50,000 sahaja. Dari segi latihan juga banyak diajar untuk jadi usahawan dalam bidang khusus untuk wanita seperti AORA SPA, Super Baker, Beauty in Business, Mara in Fashion dan banyak lagi, " katanya pada Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia - 'Wanita Bangkit Mendepani Cabaran' peringkat Mara di Hotel Premiera di sini pada Isnin.

Azizah memotong kek sempena sambutan Hari Wanita peringkat Mara di Kuala Lumpur pada Isnin.
Azizah memotong kek sempena sambutan Hari Wanita peringkat Mara di Kuala Lumpur pada Isnin.

Mengulas lanjut, Azizah berkata, Mara sentiasa menyokong aspirasi kerajaan dengan menyediakan pelbagai peluang untuk wanita menceburi bidang keusahawanan.

"Antaranya ialah di bawah Skim Pembiayaan Khas Usahawan Wanita atau dikenali DanaNITA kepada usahawan untuk mendapatkan pembiayaan dengan had pembiayaan sebanyak RM50,000.

Artikel Berkaitan:

"Setakat Oktober lalu, sebanyak RM71. 8 juta peruntukan pembiayaan dengan lebih 5,000 usahawan wanita mendapat manfaat tersebut," katanya.

Beliau turut meluahkan rasa syukur apabila bilangan staf wanita di Mara mencapai sasaran sebanyak 50 peratus, manakala 30 peratus wanita mengisi jawatan pengurusan tertinggi.

"Namun itu tak bererti kita berpuas hati. Kita akan tambah bilangan ini supaya capai tahap yang sesuai, bukan hanya peringkat bawah tetapi juga peringkat pengurusan tertinggi.

"Termasuk di aliran Lembaga Pengarah dan anak syarikat Mara, kita tetapkan sekurang-kurangnya mencapai 30 peratus diisi golongan wanita," katanya.