X

Kindly register in order to view this article
!

Amaran hujan lebat di beberapa kawasan Sarawak hingga Rabu

MetMalaysia hari ini keluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa daerah di Sarawak sehingga Rabu ini. - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa daerah di Sarawak sehingga Rabu ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarike (Pakan dan Julau) serta Sibu (Kanowit).

Beliau berkata, hujan lebat itu berpotensi menyebabkan berlaku banjir di kawasan rendah di daerah terbabit.

Amaran peringkat waspada atau kuning itu merujuk kepada hujan berterusan yang dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!