'Kami tidak seharusnya tewas'

GUARDIOLA
GUARDIOLA
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mahu pemainnya tidak patah semangat dan terus fokus mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas mengejut 0-2 kepada Manchester United di Etihad pada awal pagi Isnin.

Menurutnya, kekalahan kepada United itu memberikan pengajaran berguna kepada The Citizen dan percaya ada sesuatu yang positif boleh diambil para pemainnya dalam perlawanan tersebut.

"Kami akan menjadi berita kerana kami tewas. Tetapi berita yang sebenar adalah 21 kemenangan berturut-turut yang telah kami perlolehi sebelum ini. Masih ada 30 mata untuk kami raih dan kami perlu mencatakan kemenangan semula.

"Inilah bola sepak dan kekalahan kadang-kadang tetap akan terjadi. Kami tidak boleh patah semangat dan kembali fokus kepada misi sebenar kami," katanya.

Dalam perlawanan itu, Bruno Fernandes dan Luke Shaw masing-masing menjaringkan satu gol untuk memastikan kemenangan United, sekali gus memusnahkan rekod 21 perlawanan berturut-turut yang telah dilakar The Citizen dalam saingan EPL musim ini.

Dalam masa sama, Guardiola mengakui United bermain lebih bagus dalam perlawanan tersebut berbanding pasukannya namun menegaskan skuad kendaliannya itu tidak berhak untuk kalah.

"Ia perlawanan yang hebat. United melakukan tekanan dan laju dalam serangan balas. Kami bermain baik tapi kami tidak klinikal di depan gol. Jadi, tahniah kepada United.

"Ketika menentang West Ham United pada minggu lalu, kami bermain dengan buruk dan lebih teruk daripada hari ini. Perlawanan tersebut kami tidak sepatutnya menang, tetapi perlawanan menentang United kami tidak seharusnya tewas.

Artikel Berkaitan:

"Ia sentiasa sama, jika kami menang kami akan fokus ke perlawanan seterusnya. Kali ini kami kalah, dan kami kena fokus kepada perlawanan akan datang," katanya.