Usahawan kosmetik didenda miliki produk tidak bernotifikasi

Fatin Amiera (kanan) didakwa Mahkamah Petaling Jaya pada Isnin atas lima pertuduhan memiliki produk kosmetik tidak bernotifikasi, dua tahun lalu.
Fatin Amiera (kanan) didakwa Mahkamah Petaling Jaya pada Isnin atas lima pertuduhan memiliki produk kosmetik tidak bernotifikasi, dua tahun lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Padah memiliki produk kosmetik tidak bernotifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dua tahun lalu, seorang selebriti media sosial didenda RM10,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Fatin Amiera Zainal Abidin, 32, selaku Orang Kena Saman (OKS) yang mewakili Syarikat Amyera Beauty dikenakan hukuman itu selepas mengaku salah atas lima pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret M Barath.

Mahkamah memerintahkan usahawan kosmetik itu, dipenjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda itu dan OKS bagaimanapun membayar denda tersebut.

Mengikut kesemua pertuduhan, wanita itu didakwa telah memiliki pelbagai jenis barangan kosmetik yang tidak bernotifikasi antararanya Amyera Beauty My Secret Cleanser, Night Cream, Flawless Booster Cream dan Flawless Acne And White Cream.

Kesalahan didakwa dilakukan di premis miliknya di Amyera Beauty, Bandar Damansara Perdana di sini pada 19 Februari 2019.

Pertuduhan dibuat mengikut Peraturan-peraturan 18A(1) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah Kosmetik 1984 iaitu kesalahan di bawah Peraturan 18A(15) peraturan sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 denda maksimum RM25,000.

Sementara itu, Pegawai Pendakwa, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Selangor, Mohd Syahnizam Mohd Kassim mencadangkan OKS dikenakan hukuman setimpal.

Bagaimanapun OKS yang tidak diwakili peguam, merayu kepada mahkamah agar dikenakan denda yang minimum.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak jual produk itu lagi dan ketika serbuan dibuat, semua produk itu berada dalam kotak.

"Sebenarnya semua produk itu sudah didaftarkan di bawah KKM tetapi selepas tamat tarikh luput saya tidak memperbaharuinya, memang silap saya, simpan semua produk itu," katanya.

Pada Ahad, media melaporkan seorang selebriti media akan didakwa atas pertuduhan berkenaan.