Tiga letupan gegar bandar pelabuhan Bata di Equatorial Guinea

Pelabuhan Bata di Equatorial Guinea
Pelabuhan Bata di Equatorial Guinea
A
A
A

MOSCOW - Beberapa letupan kuat menggegarkan bandar pelabuhan Bata di Equatorial Guinea, lapor Agensi Berita Sputnik menurut laporan media.

Menurut berita AhoraEg, berlaku tiga letupan berturut-turut di bandar ini, kejadian pertama menyebabkan kerosakan pada bangunan.

Laporan itu turut menyiarkan gambar menunjukkan beberapa buah rumah musnah dan kepulan asap.

Kementerian Kesihatan mengesahkan letupan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 17 nyawa dan mencederakan lebih 400 yang lain.

Mangsa dikejarkan ke tiga hospital berlainan dan punca letupan tidak dinyatakan. - Bernama

Artikel Berkaitan: