Rekod buruk Klopp

Klopp
Klopp
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui sedang berada pada tahap terburuk dalam karier kejurulatihannya susulan kekalahan 0-1 kepada Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield pada Ahad.

The Reds hanya menang satu daripada tujuh perlawanan terakhir mereka di EPL selain mencatatkan enam kekalahan berturut-turut di gelanggang sendiri, rekod paling buruk dicatatkan Liverpool dalam sejarah kelab tersebut.

Malah, penyandang juara EPL itu juga berisiko kehilangan tempat ke Liga Juara-juara musim depan apabila berada di kedudukan kelapan liga dengan saingan hanya berbaki 10 perlawanan.

"Saya berharap untuk berkata tidak, tetapi memang benar saya berada dalam tahap terburuk karier kejurulatihan saya. Tapi, itu bukan masalah kerana saya tidak pernah mempunyai detik terbaik.

"Pasukan ini (Liverpool) sangat bagus. Kami pernah mencipta kejuaraan dan kali ini kami berada dalam situasi sukar namun kami akan tetap berjuang untuk menghadapi detik sukar ini," katanya.

Fulham yang berada dalam kelompok tiga terbawah EPL menjadi pasukan terbaharu yang mencalarkan maruah Liverpool di Anfield melalui gol kemenangan jaringan pemain tengah The Cottagers, Mario Lemina.

Mengulas mengenai kekalahan tersebut, Klopp membela para pemainnya dengan menegaskan The Reds telah bermain dengan agak baik, namun gagal memanfaatkan peluang terhidang sekali gus menyaksikan kekalahan pasukan tersebut.

"Perkara yang jelas kami gagal dapatkan ialah gol dan tidak dibolosi. Fulham juga membuatkan kami menghadapi masalah besar sepanjang perlawanan itu. Kami tidak menyesuaikan diri dengan baik dalam perlawanan ini.

Artikel Berkaitan:

"Benteng pertahanan kami juga dibarisi muka baharu. Pertahanan kami terpaksa melakukan banyak larian kerana kerana mereka tidak berada pada posisi terbaik dan akhirnya kami dibolosi.

"Saya selalu katakan kelahan satu gol adalah perkara normal. Tetapi kali ini tidak, ia memberikan impak berbeza kepada kami. Apa yang paling penting ketika ini adalah kami perlu bangkit dalam perlawanan akan datang," katanya.