X

Kindly register in order to view this article
!

Jutawan Perancis, ahli politik Olivier Dassault maut nahas helikopter

OLIVIER
A
A

PARIS - Timbalan ketua parti konservatif Les Republicains (LR), Olivier Dassault, yang juga anak ahli perniagaan perindustrian Perancis Serge Dassault, terbunuh dalam nahas helikopter, tulis Presiden Emmanuel Macron di Twitter pada Ahad.

"Olivier Dassault menyayangi Perancis. Seorang pemimpin industri, ahli politik... selama hidupnya, beliau tidak pernah berhenti berkhidmat untuk negara kita. Kematiannya satu kehilangan besar. Takziah untuk keluarga beliau," ciap Macron, lapor Agensi Berita Xinhua.

Olivier Dassault, 69, meninggal dunia pada Ahad dalam nahas helikopter di bandar Touques wilayah Normandia utara Perancis. Juruterbang helikopter itu turut terkorban, lapor radio tempatan Eropah 1.

Dassault Group antara konglomerat terkaya di Perancis, memiliki Dassault Aviation, pengeluar jet tentera dan Group Figaro, sebuah firma media. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!