X

Kindly register in order to view this article
!

KSN ucap Selamat Hari Wanita Sedunia buat wanita, penjawat awam

Foto FB Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara
A
A

KUALA LUMPUR - Komitmen, kesabaran dan kecekalan wanita merupakan inspirasi besar buat semua, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mohd Zuki dalam ucapan sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut hari ini, turut mendoakan semoga cabaran semasa menguatkan lagi semangat wanita untuk terus menerajui kemajuan dan kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.

“Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua wanita terutamanya penjawat awam.

“Bertemakan ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’, Hari Wanita Sedunia pada tahun ini menjulang sumbangan berterusan wanita dalam pelbagai bidang, meski dibelenggu pandemik Covid-19,” ucapnya dalam laman sosial rasminya di sini pada Isnin. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!