Pas Perak nafi arah ahli doa bebaskan Paul Yong

Razman (tengah) ditemui selepas membuat laporan polis di IPD Kerian pada Isnin.
Razman (tengah) ditemui selepas membuat laporan polis di IPD Kerian pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Pas Perak membuat laporan polis berhubung satu kenyataan fitnah yang tular di media sosial mengaitkan parti itu dengan dakwaan rogol Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong.

Laporan yang dibuat Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian pada Isnin itu antara lain menggesa agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terlibat.

Kenyataan yang dimuat naik sebuah portal itu dikesan tular pada Ahad menyebut Pas Perak mengarahkan ahlinya bermunajat bagi mendoakan wakil rakyat terbabit dibebaskan daripada kes rogol amah.

Razman ketika ditemui pemberita berkata, tuduhan dibuat itu jelas berniat jahat dan sengaja memburukkan reputasi Pas serta beliau sendiri.

Kenyataan yang tular di media sosial.
Kenyataan yang tular di media sosial.

"Kita bersimpati atas apa yang berlaku terhadap Paul Yong dan sebagai rakan politik, memang kita mengharapkan beliau dibebaskan tetapi kita tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan kepada ahli kita untuk melakukan perkara sedemikian.

"Pendirian Pas jelas tidak mencampuri sebarang urusan perundangan. Mahkamah berhak untuk mengadili mana-mana individu secara bebas dan adil tanpa campur tangan mana-mana pihak," katanya.

Beliau berkata, tindakan lanjut termasuk perundangan akan diambil terhadap portal berkenaan sekiranya tuduhan itu terus dibangkitkan.

Artikel Berkaitan: