MOTAC buka semula premis seni,budaya, warisan

MOTAC
MOTAC
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bakal membuka semula premis seni, budaya dan warisan kepada para pengunjung.

Menurut kenyataan MOTAC, maklumat berkenaan tarikh, waktu dan prosedur operasi standard (SOP) terperinci ke premis berkaitan, boleh didapati melalui laman sesawang dan media sosial MOTAC, Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Jabatan Muzium Malaysia, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) dan Jabatan Warisan Negara (JWN).

“Selaras dengan pengumuman oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkenaan kebenaran aktiviti pelancongan dan kebudayaan beroperasi di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), MOTAC akan membuka semula premis seni, budaya danwarisan kepada pengunjung.

“Ia termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, persembahan budaya dan lain-lain mengikut SOP bagi sektor Pelancongan dan Kebudayaan,” kata kenyataan tersebut pada Ahad.

Menurutnya, antara premis seni, budaya dan warisan yang akan beroperasi adalah Muzium Negara; Muzium Tekstil Negara; Muzium Etnologi Dunia Melayu; Muzium Seni Kraf Orang Asli; Muzium Automobil Nasional, Selangor; Muzium Perak, Perak; Muzium Matang, Perak; Muzium Adat, Negeri Sembilan dan Muzium Lukut, Negeri Sembilan.

Selain itu, muzium lain termasuk Muzium Seni Bina Malaysia, Melaka; Muzium Kota Johor Lama, Johor; Muzium Sungai Lembing, Pahang; Muzium Kota Kayang, Perlis; Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah; Muzium Kota Kuala Kedah, Kedah; Muzium Chimney, Labuan; Muzium Labuan, Labuan serta Muzium Marin, Labuan.

Dalam pada itu, premis berikutnya adalah Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Komuniti dan Perpustakaan Kanak-Kanak; Galeri Melayu Pulau Pinang, Pulau Pinang; Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Perak; Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka dan Memorial Tun Ghafar Baba, Melaka.

Sementara itu, PKKM turut membuka kompleks kraf di kawasan Kuala Lumpur, Johor, Langkawi serta Melaka.

Artikel Berkaitan:

Pada Selasa, aktiviti pelancongan bagi kawasan yang dilaksanakan PKPB dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti premis manakala kawasan PKPP pula mengikut keluasan premis.