Sertai cabaran memancing toman Unisel

Unisel mempelawa kaki pancing memancing ikan toman di kampus Bestari Jaya secara percuma sehingga hujung April ini.
Unisel mempelawa kaki pancing memancing ikan toman di kampus Bestari Jaya secara percuma sehingga hujung April ini.
A
A
A

BESTARI JAYA - Universiti Selangor (Unisel) membuka peluang kepada kaki pancing untuk memancing ikan toman secara percuma di tasik universiti itu.

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat Unisel, Hasril Abu Hassan, pihaknya kini dalam usaha mengeluarkan spesies berkenaan di tasik utama kampus di Bestari Jaya dan memindahkannya ke sebuah tasik yang telah dikhaskan di universiti berkenaan.

“Kepada pemancing, anda dijemput datang memancing ikan toman di Unisel pada setiap Sabtu dan Ahad sehingga hujung April ini.

“Konsep memancing ialah tangkap dan lepas. Ikan toman yang berjaya dipancing akan dilepaskan semula di The Tomanz, iaitu tasik yang dikhaskan untuk ikan ini,” katanya di sini pada Ahad.

Hasril berkata, pemancing yang mahu datang perlu membuat tempahan awal kerana hanya terhad kepada 30 orang sahaja pada setiap masa.

Maklumat lanjut dan tempahan slot memancing boleh diperoleh melalui Facebook The Tomanz.

“The Tomanz kini mempunyai lebih daripada 200 ekor ikan toman dan ia akan dibuka secara rasmi kepada pemancing pada Mei depan sempena sambutan ulang tahun ke-20 Unisel.

“Berkonsepkan pancingan rekreasi, sedikit caj bayaran akan dikenakan kepada pemancing.

Artikel Berkaitan:

“Pihak Unisel kini sedang menyiapkan beberapa kemudahan untuk pemancing seperti surau dan bilik rehat berhawa dingin,” katanya.

Menurut Hasril, pihaknya kini sedang berusaha menambah stok ikan berkenaan bagi tujuan keseronokan pancingan rekreasi.