CDX Bank Islam, usaha pengukuhan asas penubuhan bank digital

Bank Islam
Bank Islam
A
A
A

BANK Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) memperkenalkan bahagian baharu iaitu Pusat Pengalaman Digital (CDX) dalam usaha mengukuhkan asas penubuhan bank digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, CDX secara aktif memperkukuh asas penubuhan sebuah bank digital yang dibangunkan di atas satu platform yang fleksibel.

Menurutnya, ini membolehkan penggiat-penggiat industri teknologi kewangan (fintech), pasaran digital dan rakan strategik lain untuk menyertainya secara langsung.

"Dalam proses penubuhan bank digital serba baharu ini, dua penggiat infrastruktur dipilih untuk bekerjasama dengan Bank Islam, iaitu Mambu, sebuah platform perbankan SaaS termaju di pasaran, dan Experian, sebuah firma perkhidmatan maklumat global.

"Bank Islam juga baru-baru ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan penggiat fintech tempatan, Pod, untuk membangunkan penawaran produk digital baharu.

"Pendekatan digital ini akan menyaksikan Bank Islam menerapkan teknologi generasi terbaharu seperti perbankan digital Cloud Native dan sistem pengesahan identiti digital (Electronic Know Your Customer, eKYC) pada produk dan perkhidmatannya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Muazzam berkata, melalui kerjasama rakan strategiknya itu, mampu menangani keperluan segmen yang kurang mendapat perkhidmatan perbankan.

Katanya, Bank Islam juga yakin kerjasama berkenaan dapat menyediakan akses yang lebih luas kepada pasaran dengan memanfaatkan teknologi digital dan akan terus mendorong transformasi digital sektor kewangan, terutamanya dalam industri perbankan Islam.

Artikel Berkaitan:

"Dengan kepakaran Bank Islam dalam bidang pengurusan risiko dan hal-hal yang berkaitan dengan Syariah, ditambah dengan teknologi Pod dan platform perbankan SaaS Mambu yang mantap, kerjasama ini dapat memperkenalkan dan mempromosikan penyelesaian kewangan Islam yang sesuai dengan segmen sasaran.

"Kami juga percaya bahawa kerjasama ini akan menjadi contoh untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan firma-firma fintech dengan institusi kewangan yang akhirnya akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital negara," katanya.