X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki maut jengkaut terbalik

Pemandu jengkaut yang tersepit selepas jengkaut dipandunya terbalik Simpang Lima, Seri Sulong pada Ahad.- Foto Ihsan Bomba
A
A

BATU PAHAT - [DIKEMAS KINI] Seorang pemandu jengkaut maut selepas jentera berat jenis "backhoe" yang dipandunya terbalik dalam kejadian di Jalan Simpang Lima, Seri Sulong di sini pada Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP) Mohd Najib Husin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.06 petang.

Anggota bomba membantu mengeluarkan pemandu jengkaut yang tersepit selepas jengkaut dipandunya terbalik Simpang Lima, Seri Sulong pada Ahad.- Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba membantu mengeluarkan pemandu jengkaut yang tersepit selepas jengkaut dipandunya terbalik Simpang Lima, Seri Sulong pada Ahad.- Foto Ihsan Bomba

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian mangsa, Mohd Saiful Naim Iman berusia 32 tahun didapati tersepit. PKO bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Najib berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan operasi ditamatkan pada 3.15 petang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!