X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD di Kampung Tringgus, Bau, Sarawak mulai esok

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di Kampung Tringgus, Bau selama 14 hari bermula Isnin. - Gambar hiasan
A
A

KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di Kampung Tringgus, Bau selama 14 hari bermula Isnin, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Menerusi kenyataan pada Ahad, JPBN memaklumkan keputusan itu dibuat susulan peningkatan kes positif Covid-19 di kampung itu.

Mengenai situasi Covid-19 di Sarawak, JPBN memaklumkan pada Ahad terdapat 201 kes positif baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negeri ini meningkat kepada 11,096 kes.

Sementara itu, JPBN turut memaklumkan bagi pihak yang ingin membuat sumbangan makanan ke kawasan PKPD, mereka perlu berhubung dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (Residen) masing-masing.

“Orang ramai atau NGO (pertubuhan bukan kerajaan) juga diminta untuk tidak mengumpul dan menghantar makanan ke kawasan PKPD kerana kawasan tersebut berisiko dan akan mengganggu operasi pasukan keselamatan,” menurut kenyataan itu. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!