Warga Thailand ditahan bersama ketum

Lelaki warga Thailand ditahan bersama ketum di Bagan Serai.
Lelaki warga Thailand ditahan bersama ketum di Bagan Serai.
A
A
A

BAGAN SERAI - Seorang lelaki warga Thailand ditahan bersama tujuh bungkusan cecair dipercayai air ketum dalam Op Khas Kesalahan Bunyi Bising di Kilometer 109.2 Jalan Ipoh - Butterworth, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, polis turut menemui sebungkus daun ketum yang disimpan dalam sebuah beg pada raga motosikal.

“Lelaki berusia 30-an itu dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika melalui sekatan jalan raya.

“Kesemua 8.25 liter cecair dan 300 gram daun dirampas. Pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya di sini pada Ahad.

Menurutnya, hasil ujian urin mendapati suspek turut positif dadah methamphetamine.

“Suspek kini direman selama 14 hari sehingga 20 Mac dan disiasat mengikut Seksyen 30(3)Akta Racun 1952.

“Dalam operasi itu, sebanyak 21 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Artikel Berkaitan: