'Bersatu terima MP UMNO, itu perbuatan khianat'

Farhash Wafa
Farhash Wafa
A
A
A

IPOH - PKR Perak menyifatkan tindakan Bersatu menerima masuk tujuh bekas Ahli Parlimen pembangkang ke dalam parti itu sebagai khianat terhadap rakyat.

Pengerusinya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, pada PRU14 lalu, rakyat memberikan mandat kepada PH menerajui kerajaan kerana menolak UMNO.

Beliau berkata, keadaan itu memberikan kesan tidak baik kepada PH secara keseluruhannya memandangkan Bersatu merupakan parti komponen.

"Ini juga memberikan gambaran yang kurang baik terhadap keikhlasan Bersatu di dalam ikatan PH.

"Gerakan reformasi tidak sinonim dengan sifat ahli UMNO yang sanggup menggadai nilai diri demi kuasa," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Bersatu menerima penyertaan tujuh bekas Ahli Parlimen UMNO.

ARTIKEL BERKAITAN Tujuh bekas ahli UMNO sah diterima sertai Bersatu

Dalam pada itu, Farhash Wafa Salvador berkata, isu berkenaan dijangka akan dibawa ke dalam mesyuarat PH Perak pada masa akan datang untuk dibahaskan.

Katanya, perkara itu perlu dibincangkan bersama rakan komponen bagi mencari langkah yang harus diambil untuk menjamin keyakinan rakyat khususnya pengundi PH.

Artikel Berkaitan:

"Kita mahu rakyat juga tahu bahawa PKR akan menentang mereka yang bercanggah dengan prinsip reformasi yang didukung selama ini oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Parti komponen harus memberikan jaminan demi keyakinan rakyat yang telah memberikan kita mandat," katanya.