Polis tahan warga emas dipercayai cabul cucu

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki warga emas yang disyaki mencabul cucu perempuannya yang berumur lapan tahun di sebuah rumah di Taman Perumahan Skudai di sini pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, lelaki berumur 74 tahun itu ditahan pada kira-kira jam 7.50 malam susulan laporan polis yang dibuat oleh bapa kanak-kanak itu pada jam 1.44 tengah hari pada Sabtu.

Beliau berkata, warga emas berkenaan dipertanggungjawabkan untuk menjaga tiga cucunya termasuk kanak-kanak itu ketika kedua-dua ibu bapa mereka bekerja.

“Kita terima laporan daripada anak suspek yang berusia 37 tahun yang mendakwa anak perempuannya itu dicabul datuk kandungnya di dalam sebuah bilik tidur di rumah mereka, malah kanak-kanak itu mendakwa perbuatan jijik itu berlaku sebanyak tiga kali,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Fariz Ammar berkata, kanak-kanak itu dibenarkan pulang selepas menjalani pemeriksaan int4erim di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dan nanti akan mendapat rawatan susulan oleh pakar kaunseling dari Unit Psikiatri HSA.

Katanya, warga emas itu kini direman selama enam hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: