X

Kindly register in order to view this article
!

MAFI sasar 8,800 tan metrik hasil pertanian bandar

Che Abdullah (empat dari kanan) bersama penduduk di Pasir Pekan, Tumpat menunjukkan hasil tanaman terung menerusi Projek Pertanian Bandar Komuniti Belia Pasir Pekan di Masjid An-Nur, Mukim Kubang Labu, Tumpat pada Ahad.
A
A

TUMPAT - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyasarkan 8,800 tan metrik hasil pengeluaran pertanian selamat untuk dimakan menerusi Projek Pertanian Bandar menjelang 2025.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, jumlah itu akan membantu isi rumah meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri bahan makanan termasuk sayur-sayuran.

“Anggaran jumlah kos sara hidup yang dapat dijimatkan oleh setiap pengusaha sebanyak RM1,296 pada tahun ini dan akan lebih jimat kepada RM1,680 pada tahun 2025 sekiranya program dilaksanakan secara berterusan.

“Program melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar secara individu atau berpasukan (komuniti),” katanya kepada pemberita pada Program Memungut Hasil Projek Pertanian Bandar Komuniti Belia Pasir Pekan di Masjid An-Nur, Mukim Kubang Labu di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah Pertanian Kelantan, Nor Bahani Zakaria.

Beliau berkata, program dilaksanakan di bawah Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dengan bimbingan Jabatan Pertanian selain kerjasama pelbagai jabatan dan agensi berkaitan di negeri dan Persekutuan.

“Peserta akan menghasilkan produk pertanian sama ada untuk kegunaan sendiri atau dijual,” katanya.

Menurutnya, di Kelantan, sebanyak RM900,000 diperuntukkan dibawah Penjana sejak Ogos tahun lalu bagi memastikan pengeluaran bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.

“Projek Pertanian Bandar Komuniti Belia Pasir Pekan menerima peruntukan sebanyak RM23,000 melibatkan10 individu secara berkelompok.

“Mereka menanam sebanyak 1,000 pokok terung dan menuai hasil sebanyak tiga kali sejak tahun lalu serta memberi pulangan lumayan.

Beliau menjangkakan kelompok itu mampu mengeluarkan hasil sebanyak 6,000 kilogram terung dalam tempoh enam bulan dari sekarang dengan pulangan hasil mencecah RM30,000.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!