Cadang Stadium Tertutup Nilai sebagai PPV

Razali
Razali
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan mencadangkan Stadium Tertutup Nilai dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi membantu kerajaan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik berkata, lokasi berkenaan bagaimanapun masih dalam kajian Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS).

“Persiapan akan dilakukan di bawah Covid Immunisaton Task Force (CITF) peringkat Negeri Sembilan. Lokasi ini dicadangkan untuk pemvaksinan penduduk di kawasan Nilai,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau yang juga Pengerusi CITF Negeri Sembilan turut menyarankan penduduk di kawasan Nilai supaya mendaftar vaksininasi melalui MySejahtera atau boleh juga melalui Laman web www.vaksincovid.gov.my atau Talian pendaftaran 1800-888-828.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebelum ini berkata, sebanyak 37 klinik kesihatan di seluruh Negeri Sembilan dijadikan sebagai PPV Covid-19 bermula pada 25 Februari lalu dan 16 dewan digunakan untuk tujuan itu di bawah fasa dua dan tiga suntikan vaksin Covid-19.

Artikel Berkaitan: