Lelaki cedera terjatuh di Bukit Beruang

Lelaki berusia 45 tahun yang tercedera ketika mendaki Bukit Beruang di sini pada pagi Ahad.
Lelaki berusia 45 tahun yang tercedera ketika mendaki Bukit Beruang di sini pada pagi Ahad.
A
A
A

MELAKA - Seorang lelaki cedera pada kaki kanan akibat terjatuh ketika mendaki Bukit Beruang, di sini, pada Ahad.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, lelaki berusia 45 tahun tersebut mendaki bukit berkenaan bersama rakannya sebelum tergelincir dan terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hamdan Sudin berkata, sepasukan anggota yang diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Saad Kassim ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.36 pagi.

"Mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan bomba dan kemudian dibawa turun menggunakan 'Skid Strecher," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurutnya, mangsa naik ke bukit itu bersama rakannya sebelum terjatuh dan tidak menolak faktor laluan licin akibat hujan menyebabkan mangsa terjatuh.

Artikel Berkaitan: