Dua kampung, sebuah taman perumahan dilanda banjir kilat

Seorang anggota APM meninjau paras air banjir di salah sebuah kampung yang dilanda banjir kilat di Kuala Selangor pada Ahad.
Seorang anggota APM meninjau paras air banjir di salah sebuah kampung yang dilanda banjir kilat di Kuala Selangor pada Ahad.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Dua kampung dan sebuah taman perumahan di daerah ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan pada pagi Ahad.

Ketua Sektor Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Mohd Izzuddin Ismail berkata, dua kampung itu ialah Kampung Seri Aman dan Kampung Seri Sentosa.

Menurutnya, 10 keluarga terbabit dalam kejadian banjir yang melanda di kedua-dua kampung tersebut pada jam 5 pagi.

"Tinjauan pada jam 12.30 tengah hari mendapati paras air setinggi 0.3 meter di Kampung Seri Aman. Bagaimanapun paras air semakin surut dan penghuni kebanyakannya tiada di rumah.

"Di Kampung Seri Sentosa pula, paras air didapati mulai surut tetapi kawasan laman rumah masih lagi digenangi air," katanya di sini pada Ahad.

Selain itu, beliau berkata, seramai 100 penduduk di Taman Seri Alam di sini turut dilanda banjir kilat pada jam 5 pagi.

"Bagaimanapun, air sudah kembali surut, namun penduduk terjejas sedang membersihkan kawasan banjir.

"Pemantauan akan dibuat setiap empat jam bagi memantau paras air di kawasan terbabit, " katanya.

Artikel Berkaitan: