'Penyatuan ummah perlu kejujuran, keikhlasan'

 Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - Usaha untuk memulihkan UMNO yang dilanda fitnah pada Pilihan Raya Umum (PRU14) bukan kerja mudah.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejak dua tahun lalu, musuh parti tersebut berusaha gigih menghancurkan parti itu kerana dikhuatiri UMNO mampu bangkit semula.

“Kiri kanan, depan belakang, atas bawah musuh tidak pernah berhenti cuba menyekat. Musuh nyata sudah pasti. Musuh tidak nyata berselindung dalam kesamaran penuh hasutan.

“Musuh tahu UMNO parti keramat bangsa, agama dan parti terbesar umat Melayu mampu bangkit semula. Kerana itu mereka berusaha gigih menghancurkan UMNO 'once and for all' sejak dua tahun lalu,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau pada Ahad.

Bagaimanapun katanya, disebabkan usaha untuk menghancurkan tidak berjaya, mereka dikatakan mahu meletakkan UMNO dalam kawalannya.

“Andai berjaya, jenama UMNO boleh dipergunakan. Jutaan ahli boleh dikawal dan dikudakan,” ujarnya.

Katanya, dasar penyatuan ummah perlu berlandaskan kejujuran, keikhlasan dan bukan bertujuan untuk terus berkuasa.

Tambah Zahid, tanpa cabaran pemimpin dan ahli UMNO, kedudukan serta kekuasaan mereka lebih selesa dan terjamin.

Artikel Berkaitan:

“Adakah harus kita menyerah? Adakah perlu pasrah dan relakan sahaja cubaan pemerolehan (acquisition) ini? Sedangkan UMNO parti milik rakyat, milik lebih 3 juta ahli dan jutaan penyokongnya,” katanya.

Menurut beliau, disebabkan pemimpin enggan menggadaikan UMNO, mereka dipropagandakan dengan menyelamatkan diri daripada pendakwaan mahkamah.

“Sedangkan pemimpin UMNO 'kluster mahkamah' inilah yang berani dan setia memperjuangkan UMNO walau apa menimpa mereka.

“Jika mahu lihat bagaimana kaedah menyelamatkan diri, boleh lihat katak yang kini selesa di seberang jalan. Boleh juga lihat burung belatuk yang sedang kekenyangan dapat dedak di belakang rumah,” katanya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera para ahli dan penyokong UMNO sekalian. Saya menulis kali ini supaya saudara...

Posted by Zahid Hamidi on Saturday, March 6, 2021