X

Kindly register in order to view this article
!

Bapa tak mengaku salah lakukan amang seksual terhadap anak

Pekerja pendawaian elektrik didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Ahad, atas pertuduhan melakukan amang sekual terhadap anaknya.
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang ketika itu berusia 14 tahun.

Tertuduh yang berusia 42 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Wan Mohd Norhisham Wan Yaacob.

Mengikut pertuduhan pertama tertuduh yang bekerja sebagai pekerja pendawaian melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh kemaluan anaknya berusia 15 tahun pada Jun 2020.

Bagi pertuduhan kedua pada Februari tahun yang sama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual dengan menyuruh anaknya memegang kemaluannya.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh dan tiada jaminan diberikan terhadap tertuduh yang diwakili peguam, Khairul Azwad Sariman.

Mahkamah menetapkan 25 April depan bagi sebutan semula kes.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium